Sunday, April 10, 2011

~Kisah Si Ibu : part 1~

salam n hye blogwalking...






Hri ni sy cuma nak story tentang nasib seorang ibu. Ibu ni sgt menyayangi anak2 nya...sapa la yg x syg anak kan, sedangkan haiwan pun sygkan anak, mmg jahil la tu sapa yg x syg anak, walau pun kita ni sbg anak selalu sj t'pikir, "adakah ibu aku sygkan aku ar?", persoalan mcm tu selalu t'detik di hati anak2, actually ibu kita sgt sygkan kita lbh daripada dirinya sndri, cuma ada sesetengah ibu tidak ingin memperlihatkan kasih sygnya tu, mereka buktikannya melalui tindakan. Contohnya, mereka lahirkan kita, berikan air susuan masa kita baby, beri makan & minum apabila lepas pulang dari sekolah. Selain itu, kalau anaknya itu baru saja pulang dengan m'bawa  secebis kertas yang mengandungi keputusan UPSR,PMR,SPM atau STPM dan telah mencapai keputusan yg cemerlang, mesti ada ibu2 kita yg buat muka biasa saja tanpa sebarang ekspresi, tapi sebenarnya dalam hati mereka sgt b'bangga dan b'syukur,. Walaupun tiada hadiah di beri tapi cukup la sekadar mereka b'tanya tentang pusat IPT mana yg kita pilih dan pusat IPT mn yg patut kita pegi. Itu sudah menunjukkan mereka sgt ambil berat tentang masa depan kita kelak.






Ok bebalik kepada cite nasib seorang ibu yang sy nak story ni, ada seorang ibu yang mana hidupnya amat sederhana hidupnya. Beliau tinggal di sebuah perkampungan. Hampir 2 tahun ibu itu tinggal di perkampungan tersebut selepas peristiwa dia & keluarganya dihalau akibat daripada sikap iri hati tuan rumah tersebut terhadap si ibu ini. Syukur alahamdulillah, dalam masa yg singkat itu, si ibu telah dapat mencari rumah untuk perlindungan mereka sekeluarga atas bantuan daripada saudara mereka sendiri. Daripada rumah yg sebesar banglo, beliau telah berpindah ke sebuah rumah sewa yg sangat kecil dan tuan rumah baru tersebut sangat baik kerana si ibu & keluarganya hanya perlu bayar sewa rumah sahaja dan segala bil air dan elektrik akan di bayar oleh tuan rumah.






Kehidupan baru mereka di sebuah rumah yang baru dan di perkampungan yang baru telah memberi cahaya baru kepada si ibu dan keluarganya. Semenjak beliau berpindah, tuan rumah lamanya tidak henti2 menyebarkan fitnah berkenaan dirinya, tetapi si ibu tetap sabar dan atas sokongan daripada rakan2 beliau agar tabah dan sabar, si ibu telah dapat menguatkan semangatnya untuk menghadapi segala tomahan yang dikenakan kepadanya.






Si ibu ini sebenarnya seorang peniaga. Beliau hanya berniaga setiap hujung minggu dan kadang2 ramai pelanggan beliau datang ke rumah beliau yang kecil itu untuk membuat tempahan. Semakin hari, tempahan beliau semakin memberangsangkan sehinggakan ada permintaan pelanggannya dia tidak dapat tunaikan atas sebab tidak cukup bahan. Begitu la sehari-hari beliau menjalankan tugasnya, di samping beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang suri rumah.


Pada hari ahad, awal2 subuh sebelum jam3 si ibu akan mempersiapkan segala barang2 yang akan dijual di pasar. Pada kebiasaannya, si ibu akan pulang dari menjual sekitar pukul 2. Setelah beliau pulang dari pasar, beliau memasukkan barang2 jualannya yang masih tinggal ke dalam rumah dan dibantu oleh beberapa orang anak perempuannya. Si ibu pula melabuhkan badannya di lantai dan terlelap kerana terlalu penat. Sejam selepas si ibu tidur, tiba2 telefon bimbit beliau berdering, ada panggilan masuk. Dengan lafaz innalillah wainnalillahirajiun, beliau telah diberitahu bahawa nenek saudara beliau telah meninggal pada waktu pagi hari tersebut. Si ibu menjadi kelam kabut dan terus bersiap untuk pergi ke rumah almarhum. Untuk sampai ke rumah almarhum, si ibu perlu menaiki sebuah sampan dan bot untuk merentasi laut yang menjadi pemisah.






Setelah segala persiapan untuk pengurusan jenazah selesai, malam selepas pengebumian almarhum tersebut, tiba2 hujan turun dengan lebatnya dan guntur berdentuman sana sini.


Awal pagi esoknya, si ibu pun pulang ke rumahnya kerana dia khuatir akan anak2 nya yang akan pergi ke sekolah pada waktu petang. Selepas pulang dari rumah almarhum, si ibu menjalankan tugasnya sebagai seorang suri rumah seperti biasa.


Kemudian, subuh esoknya pula, tangan kanan si ibu seolah-olah kebas. Dia rasa tidak selesa dengan keadaan itu tapi dia hiraukan saja masalahnya dan menganggapnya sebagai sakit biasa saja. Hari b'ganti hari, tangan kanan si ibu semakin susah hendak digerakkan, dia pun meminta anak perempuan sulungnya untuk mengurut-urut tangan kanannya tetapi tiada kesan apa2 pun. Si ibu memberitahu kepada anaknya itu bahawa dia tidak dapat merasa apa2 apabila tangannya dipegang, dia tidak dapat rasa sama ada tangan anaknya itu sejuk atau panas. Tiba2 si ibu terpikir dan memberitahu anaknya yang dia berkemungkinan strok tetapi anaknya tidak mahu terima kemungkinan ibunya itu sebab dia tahu selama ini ibunya tidak mempunyai tinggi darah.




Walau bagaimanapun, anak perempuannya itu meminta agar ibunya pergi dapatkan pemeriksaan doktor. Tetapi anaknya itu tidak dapat menemani ibunya untuk pergi ke klinik kerana pada waktu itu dia kerja dan dia tidak dapat memohon cuti. Si ibu amat berdebar untuk membuat pemeriksaan sebab dia khuatir sekiranya dia menghidap strok.




*AKAN BERSAMBUNG*

No comments:

Please..Leave Your Name Here...