Tuesday, March 29, 2011

Syahidnya Seorang Ibu...

Salam n hye blogwalking...


Hri ni sy nak story 1 kisah ni. Tapi sy xtau la nak mulakan mcm mn...hehehe
Sebenarnya, cite ni sy dpt dri seorang rakan staf sy d ofis...time kitorang hbs solat tu, akak tu cite la story yg sy nak story kat korang ni...(hehe mcm b'putar belit pla ayat sy ni).


Ok2 la, byk pula celoteh sy ni kan..Cite nya begini, ada sorang ibu ni, namanya mak irah (bukan nama sebenar). Mak irah ni mempunyai 16 orang anak. Dia seorang yang penyabar, tenang dan b'syukur dengan apa yang dikurniakan kepadanya oleh Allah SWT.


Semasa Mak Irah berada di sebuah hospital untuk pemeriksaan anak yang ke-12, dia terserempak pula dengan seorang sahabatnya iaitu Ida (bukan nama sebenar). Ida ni merupakan seorang jururawat di hospital tersebut. Pada masa tersebut, mereka bertembung di hospital yang sama, jadi mereka pun berborak-borak seketika.

"Irah, sudah-sudah la ko mengandung ni, ramai dah tu anakmu", kata Ida.
Dengan tersenyum, Mak Irah berkata, "selagi aku belum meninggal dan masih dikurniakan dikurniakan anak, aku terima saja semua ni dengan hati yang redha".

Begitulah dialog antara Mak Irah dan Ida. 


Beberapa tahun kemudian, Mak Irah telah mengandungkan anak yang ke-16 pula. Masa tu, Mak Irah dah nak melahirkan anak yang ke-16 itu. Keadaan masa itu sangat menyiksakan buat Mak Irah walaupun sudah 16 kali dia rasa kesakitan yang sama sepanjang melahirkan anak-anaknya. Tetapi, anak yang ke-16 ini, sakitnya adalah lain dan tidak sama semasa melahirkan 15 orang anaknya yang lain. 


Setelah beberapa jam berlalu, barulah anak beliau dapat dikeluarkan dengan selamatnya dan syukur alhamdulillah seorang bayi perempuan  yang suci seperti kain putih telah selamat dilahirkan. Bayi tesebut sungguh comel dan telah disimpan di dalam sebuah tempat yang selesa.


Walaubagaimanapun, Mak Irah, tidak dapat diselamatkan kerana tembuni anak beliau tidak dapat dikeluarkan secara normal dan pembedahan terpaksa dijalankan juga. Oleh itu, Mak Irah dibedah dan tembuni tersebut pun dikeluarkan. Dianggarkan berat sebuah tembuni orang yang lepas bersalin adalah diantara 2 hingga 3 kg. Sangat berat. 


Akhirnya, syahidlah seorang ibu di medan bersalin. Dikhabarkan, arwah Mak Irah mempunyai 14 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Sebelum meninggal, arwah teringin sangat mempunyai lebih ramai anak perempuan. Tidak disangka, rupa-rupanya anak yang terakhir itu adalah anak arwah untuk yang kali terakhir dia lahirkan. Semua ni adalah kuasa Allah SWT.


Itulah entry saya untuk hari ni, ermm memang agak sedihkan. Al-fatihah untuk arwah.



*Cerita ini adalah adaptasi daripada cerita sebenar dalam dunia nyata dan beberapa nama dan maklumat diubah sedikit bagi melengkapkan entry ini.

3 comments:

ichsan afriadi said...

sungguh perjuangan seorang ibu yang mulia T.T

♥ MinChun 민천♥ said...

like ur story~amat mngayat ati... <3

aisyah Qaisyiah said...

thanx coz like it~

Please..Leave Your Name Here...