Thursday, September 10, 2015

Kehidupan Budak Praktikal

Assalamualaikum n morning blog...


Lamanya tak update entry. Hehehe almaklumlah, busy memanjang..ermm busy la sangat.
Hari ni tiba2 ja datang mood mau update entry sebab nak release tension katanya. Pening kepala tengok akaun-akaun kat ofis ni.

Owh ya lupa mau bagitau, sekarang ni saya tengah menjalani latihan industri. Mau tau saya LI kat mana? jeng jeng jeng~

Sebenarnya saya praktikal di salah sebuah syarikat akaun. Bukan itu ja, syarikat ni juga menjalankan aktiviti sebagai ejen cukai dan GST. Sudah 2 bulan lebih saya praktikal di sini. Alhamdulillah suasana kerja di sini ok dan memuaskan cuma banyak cabaran yang kita kena hadapi juga la.

Semua tempat ada cabaran kan, even kerja sebagai salesgirl pun ada cabarannya. Tapi takpa, anggap jak semua tu sebagai proses pembelajaran.

Sedar tak sedar, rupanya saya dah nak habis degree, lepas praktikal ni, In Shaa Allah 2 bulan lagi saya akan konvo. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam saya mendaftar di UNIMAS tu. Pejam celik pejam celik, dah nak konvo. Alhamdulillah.


Sekarang ni, saya kena lengkapkan tempoh praktikal saya dahulu sebelum konvo sebab ini adalah salah satu syarat sebelum kita berkonvokesyen. Ala praktikal ni ambik masa 3 bulan jak, tak lama pun. hehehe.

Tapi, walaupun 3 bulan ja, tension juga owh. Bukan apa, banyak perkara yang perlu saya belajar di syarikat ni. Tambahan pula, ada sebahagian perkara di sini, saya tak ambk dan tak belajar pun subjek tu. Sampai di sini ja, saya kena fahamkan betul-betul benda tu sebab nanti memudahkan saya untuk menyakinkan orang berkenaan tawaran yang saya pasarkan terutama berkenaan cukai. Saya terasa masa jadi orang yang kasihan ja sebab tak tau apa-apa, berlainan pula dengan dua orang lg budak praktikal di sini yang sememangnya sudah mengambil subjek Taxation masa di U.


Sebab itulah, saya sentiasa ingatkan diri saya iaitu "Saya Boleh". Walaupun hakikatnya ada kesukaran bagi saya untuk memahaminya. huhuhu.


Ok la, tu ja entry untuk hari ni.

Bye dan Wassalam ^_^





Tuesday, April 14, 2015

Kucing Pertama Di Tangan Ku

Assalam and night blog..

Memandangkan minggu cuti midsem dah bermula, so saya tak tau nak buat apa. Nak buat revision untuk dua paper, erm macam awal lagi ni, nak buat assignment, tapi mood belum ada lagi, jd alkisahnya, saya update la 1 entry hari ni tentang kucing-kucing di rumah saya.

Dari kiri, Gendut, Kecik, dan Comel

Ceritanya bermula begini, kali terakhir rumah saya diduduki oleh kucing adalah 3 tahun lalu. Lepas ja kami sekeluarga pindah rumah, kami dah tak pelihara kucing. Tapi baru-baru ni, ada seekor kucing betina tiba-tiba datang rumah. Saya dan keluarga saya ingat itu kucing jiran sebelah, so kami biarkan ja la kucing tu meraya-rayau kat rumah. Dua atau tiga dah berlalu, kucing ni still juga stay kat rumah kami. Tertanya-tanya juga la, tuan kucing ni tak mencari ka nanti. Rupa-rupanya kucing tu bukan kucing jiran sebelah rumah, tapi kucing entah dari mana. Jadi kami biarkan ja la, sampaikan hampir setahun sudah kucing ni ada kat rumah, then, hari berganti hari, bulan berganti bulan, kucing tu pun mengandung. Hingga pada saat dia beranak pun, dia beranak kat rumah kami. Jadi adik-adik saya la yang urus semuanya tu. Kalau saya, erm memang tak la, saya jenis yang penakut dengan kucing, hehe.. apa lagi kucing yang besar-besar dan yang paling saya takut adalah anak kucing, sebab anak kucing ni kan jenis yang suka main, jadi saya takut anak kucing ni main kejar-kejar dengan saya.

Walaupun kucing ni dah berbulan-bulan ada kat rumah, tapi kami tak pernah bagi nama untuknya. Tapi, baru-baru ni dia beranak, ada la dapat empat ekor jantan anak kucing, tiga ekor kaler gelap and yang seekor pula paling ganjil sebab kaler dia warna oren+putih. Seekor dah mati time lepas dilahirkan, so tinggal dua ekor yang gelap dan seekor yang cerah tu.

Saya tengok dan perhatikan, emak kucing ni macam lebihkan anak yang dua ekor gelap tu. Owh ya, nama untuk dua ekor ni adalah Gendut dan Comel, manakala yang cerah tu pula namanya Kecik. Yang tu adik-adik saya yang bagi nama. Mereka juga yang bagitau saya macam mana nak bezakan kaler bulu si Comel dan si Gendut sebab kaler bulu mereka sama ja, adik saya cakap, tenok corak kaki mereka ja untuk bezakan si Gendut dan si Comel ni. Kadang-kadang kesian juga saya tengok si Kecik ni sebab emak dia asyik-asyik lari time si Kecik nak menyusu, hingga ada satu hari tu, mak saya suruh adik ambik emak kucing tu then tahan kakinya supaya si Kecik boleh menyusu. Kesian si Kecik, dah la dia tu belum pandai makan ikan, dia just minum susu untuk tambah tenaga, emak kucing ni macam nak tak nak jak si Kecik minum susu. Hishh saya pula yang geram tengok tau.

Kalau yang si Gendut dan si Comel pula, ehmm jangan cakap la, kuat makan dan nakal. Dahlah badan mereka dua kali ganda besarnya dari si Kecik, mereka suka buli si kecik. Terutama di Comel, dia sangat penakut tapi paling nakal dan suka cari pasal dengan si Gendut ataupun si Kecik. Si Gendut ni pula kurang penakut tapi sama nakal dengan si Comel. Manakala si Kecik pula lebih suka mengelak, hehehe...tapi kadang-kadang dia lawan balik walaupun badan dia kecik...hehehe. Seronok saya tengok gelagat mereka ni. Kalau waktu tengah malam adalah waktu puncak untuk mereka, sangat aktif kalau tengah malam sudah, sampaikan kadang-kadang saya terpaksa kejutkan bapa saya bangun untuk temankan saya pergi dapur sebab takut kucing-kucing nakal ni mengikut dan mengejar.

Barulah saya tahu, betapa bestnya ada anak kucing kat rumah, sebab boleh tengok gelagat-gelagat comel mereka ni. Tapi, ada satu hal yang terpaksa keluarga saya kena terima tentang saya iaitu menjerit. Boleh dikatakan setiap hari saya menjerit gara-gara kucing ni, menjerit sebab ketakutan la, apa lagi. hahahaha. Kalau time mereka nak tidur, mereka lebih suka tidur kat sofa sebab lagi empuk kot rasanya. Even saya tengah duduk di sofa tu, mereka tahu macam mana nak halau saya. Kadang-kadang bikin sakit hati juga la. Yala punya sedap sudah port saya duduk di situ sambil tengok TV, tiba-tiba mereka datang nak tidur kat situ, nak tak nak, terpaksalah saya berdiri untuk mengelak dari mereka.

Pada suatu hari tu, si Kecik selesema, mula-mula dia cuma berhingus, then lama-kelamaan dia jadi tak bermaya. Seharian dia tidur, tak menyusu pun. Rasanya dia tak larat nak jalan kot, tu sebab dia tak mampu nak pergi dengan emaknya untuk menyusu. Time maghrib tu, kami risau sudah dengan si Kecik sebab dia cuma baring jak seharian, mak saya suruh pergi ambik air untuk kasi basah mulut si Kecik, cuma untuk kasi basah lidahnya jak sebab kami tau dia dahaga tu tapi dia x larat, dia sakit. Mak saya makin risau, dia suruh pula pergi tangkap mak kucing tu dan tahan kakinya supaya si Kecik boleh menyusu, tapi emak kucing tu asyik-asyik nak lari. Kami yang kegeraman jadinya. Tapi, masa adik pergi tangkap mak kucing tu, alhamdulillah si Kecik dapat juga la menyusu dengan baik. Dia dah beransur pulih. Ada satu habit si Kecik kalau waktu pagi. Dia suka sangat berjemur kat beranda rumah. Kalau tengah hari sudah, baru la dia akan masuk rumah semula. Lega kami tengok si Kecik dah sihat dan aktif semula.

Genap sebulan lebih umur si Kecik, Gendut dan Comel. Tiba-tiba si Kecik sakit lagi. Selesema dia datang lagi. Tapi kali ni macam lagi teruk. Hinggakan saya terpaksa suruh emak saya bawa dia ke klinik haiwan untuk kasi rawat, tapi kami tak tau nak bawa dia kat mana. Hingus dia asyik-asyik meleleh dengan banyaknya dan membuatkan dia sukar nak bernafas. Tak sanggup saya tengok dia menderita. Dahlah badan dia kurus sangat-sangat, tak macam kembar dia, si Gendut dan si Comel, mereka sangat kuat makan dan menyusu serta hyperaktif.

Ada satu ketika tu, saya tengah baring depan TV, tiba-tiba datang si Kecik dari arah dapur dengan keadaan badan tak bermaya. Saya jenis yang tak dapat nak pegang kucing, jadi saya hulurkan ja la bantal yang saya guna untuk baring tu kepada si Kecik, sebab saya tau si Kecik suka baring di kusyen sofa. Alhamdulillah dia tidur kat situ. Sejam atau dua jam kemudian tak silap saya, dia terbangun sebab nak menyusu, tapi mak dia kat dapur tengah baring, dia nak jalan tapi tak larat, saya nak angkat tapi takut. Disebabkan terlalu kesian dengan si Kecik, terpaksa juga saya gagahkan diri ini untuk menyentuh si Kecik. Time tu adik-adik saya tak ada, semua pergi main kat rumah kawan. Masa saya tengah mencari-cari sesuatu, saya ternampak kain, saya ambik kain tu, then alas tangan saya supaya saya boleh angkat si Kecik. Saya takut nanti dia cakar, tu sebablah kena cover tangan ni. Dalam hati saya tak dapat nak sembunyikan takut tu, apa yang saya pikirkan masa tu, adalah si Kecik kena hidup, dia kena minum susu untuk tambah tenaga. Setiap kali saya angkat si Kecik, setiap kali tu juga la dia asyik bergerak-gerak, then saya terpaksa letak semula di lantai, then angkat lagi. Banyak kali juga la saya terpaksa letak dia di lantai sebab takut dia melompat ka, mencakar ka, atau gigit tangan saya. Macam kira bangga juga la, sebab for the first time saya angkat kucing, first time in my life.

Pada keesokkannya, time pagi tu, saya terdengar si Kecik terjerit-jerit sebab nak berak. Dengan kelam kabut adik saya bawa dia ke tandas. Lepas tu adik saya kasi baring di atas selimut. Time tu, si Kecik cuma baring ja. Sempat juga saya tengok dia seolah-seolah keluarkan bunyi yang macam sesak nafas. Saya fikir dia cuma tidur ja tu dan berdengkur. Kemudian, adik saya pegang-pegang badan si Kecik, badannya keras, then adik saya check nafasnya, rupa-rupanya si Kecik dah mati. Ya Allah sedih teramat sangat saya rasa masa tu, cukup singkat tempohnya si Kecik tinggal dengan kami. Antara ketiga-tiga anak kucing tu, si Kecik la yang saya paling berani sikit untuk dekati sebab dia bukanlah jenis yang suka mengacau atau nakal, dia sangat sabar dan selalu mengalah kalau berhadapan dengan si Gendut dan si Comel.

Tengah hari tu, lepas ja mak saya balik dari pasar, saya bagitau mak yang si Kecik dah mati. Mak saya terus mengucap kesian. Memang tidak diakui, kami sekeluarga sangat sayangkan si Kecik, hinggakan ada satu hari tu, emak saya terpikir nak belikan si Kecik makanan khas kucing, memandangkan si Kecik ni tak pandai makan, cuma menyusu ja, tak macam yang lain, dah pandai makan-makanan berat. Tapi, belum sempat mak saya nak belikan, si Kecik dan mati. Keesokannya tu, kami asyik-asyik teringat si Kecik, kami rasa lain sangat tanpa si Kecik, rasa macam tak lengkap. Sebenarnya, kami rindukan si Kecik. Setiap tempat yang pernah si Kecik tiduri, kami sentiasa ingat dia.

Tenanglah kau di sana Kecik. Hingga sekarang, saya masih rindukan si Kecik sebab dialah satu-satunya kucing yang saya pernah pegang dan angkat. Sekarang ni, tinggal si Gendut, si Comel, dan maknya. Bapa kucing-kucing ni tinggal kat rumah sebelah. Bapa kucing ni kaler oren, mak kucing pula kaler hitam putih.

Itulah kisah kucing yang pertama saya pernah pegang dan angkat.

Wassalam and byeeeee..... ^_^

Sunday, June 15, 2014

Kisah lagu Arjuna Beta oleh Fynn Jamal

Assalam bloggersss...

Pernah dengar tak lagu Arjuna Beta?
Ermmm bagi saya, lagu ni penuh dengan makna yang mendalam. Walaupun ramai pendengar yang kata lagu macam meniru suara Yuna, dan tidak kurang juga ada yang sangka ini lagu Yuna, tapi sebenarnya lagu ni adalah dinyanyikan oleh Fynn Jamal. Saya pun kurang kenal penyanyi ni. Penyanyi baru rasanya. Tapi apa-apa pun, saya suka dengan lagu ni.

Bukan sebab penyanyi, tapi sebab liriknya. Cuba korang dengar betul-betul lirik lagu ni, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyanyi tentang luahan rasanya. Ok, ni antara bait-bait liriknya...

**Arjuna Beta**

Takkan ku biarkan walau ribut
menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu
mana nak pergi
jalan betul
anakanda tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Semenjak dengar lagu ni buat pertama kali, mula-mula saya rasa biasa-biasa ja, tapi lepas saya dengar beberapa kali, dan hayati lirik lagu ni, satu perasaan sebak menyelubungi diri ini, tak tau la perasaan apakah ini? Lepas ja saya download lagu Arjuna Beta dari Youtube.com, saya asyik dok ulang-ulang, kadang-kadang dari malam hingga ke pagi, lepastu, sambung pula dengar time tengah online dan study. Sampaikan housemates yang lain dah bising sebab saya asyik pasang lagu yang sama ja seharian.

Tapi saya tak kisah. Yang penting, lirik lagu ni benar-benar buat saya tertarik dan rasa macam rindukan seseorang yang saya sangat sayangi, dan sudah tentulah mak dan bapa saya.

Tak cukup dengan tu, saya cuba pula search cerita di sebalik penghasilan lirik lagu ni. Rupa-rupanya ada cerita sedih yang berlaku disebalik lagu ni. Huhuhu patutlah rasa sebak ni asyik muncul tiap kali dengar lagu ni. Sebenarnya lagu ni, Fynn Jamal tujukan untuk anaknya yang bernama Bakti Arjuna Fitri, yang mana dulunya adik Juna pernah mengidap jantung berlubang. Fynn Jamal juga pernah pohon sumbangan untuk pembedahan anak dia.


Mula-mula search tu, ada juga la beberapa blogger yang lain turut update tentang kisah lagu ni, dan dari situ juga la saya baru tahu kisah-kisah ni. Bagi sesiapa yang nak follow cerita selanjutnya tentang Fynn Jamal ni, bolehlah ringan-ringankan tangan dan cursor untuk follow BLOG FYNN JAMAL , PAGE FYNN JAMAL dan instagram (korang cari la sendiri ya).

Kat bawah ni adalah salah satu kisah yang Fynn Jamal share kat pagenya iaitu kisah adik Juna dan pembedahannya, yang ni saya copy paste ja dari blog yang lain...hayatilah~

.........................................................................................................................................................
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya, 
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.

.................................................................................................................................................

Wassalam ^_^

Sunday, June 01, 2014

Kegembiraan 31 Mei 2014 UNIMAS

Assalam dan haiii bloggerss...

Dalam kita sedih, pasti ada kegembiraan yang menanti. Tapi siapa yang tahu bila kegembiraan tu akan datang, kan. Kegembiraan tu dapat kita kongsi dengan sesiapa ja yang penting kita ikhlas dalam perhubungan tu, samada dengan family atau kawan-kawan. Serupa la dengan saya, di UNIMAS ni, syukur sangat-sangat dapat kawan-kawan yang gila-gila, paling sempoi, paling nakal, paling happening, paling banyak masalah, paling skema, paling suka membuli, paling gabrah, paling last minute, paling pandai buat lakonan prank dan segala-segalanya untuk mereka. Sayang sangat-sangat dengan mereka-mereka ni.

Kelmarin, pada 31 Mei 2014, genaplah umur ni 23 tahun. Rasa macam kejap jak masa tu berlalu, kan.

Kelmarin juga la saya rasa paling banyak perkara yang saya sendiri tak dapat nak ceritakan kat dalam blog ni. Tak tau nak mula dari mana sebab terlalu banyak benda yang nak diceritakan. Apa-apa pun cerita kelmarin sangat meninggalkan kenangan buat diri ini semenjak berada di UNIMAS bumi kenyalang ini.

Terima kasih sangat-sangat buat kawan-kawan tercinta sebab masih ingat tarikh birthday diri ini even saya dah privatekan tarikh tu kat fb. Hehehe. Sampaikan mak angkat dan family angkat pun tak tau yang kelmarin adalah tarikh birthday saya time pergi lawat mereka di rumah sebab saya yang tak bagitau mereka. hehehe. Bukan tak nak bagitau, takut nanti ada prank yang tak dijangka akan berlaku kat rumah. Seram. hehehe. Maaf mak angkat, terima kasih dengan wish nya ya Tapi yang paling mengejutkan adalah time balik hostel, housemates dan geng dari vista ilmu rupanya dah rancang something sejak awal lagi. Rasa sangat-sangat terharu. Mula-mula rasa macam nak marah jak sebab housemates tak nak buka pintu rumah sebab diri ini dah terlalu penat berjalan seharian pegi rumah keluarga angkat dan ada beberapa masalah yang dihadapi sepanjang hari tu. Lepas tu, tiba-tiba perasaan tak sedap hati pula datang. Dan tiba-tiba.... dushhhh ambik kau, bedak tepu kena setepek di muka time masuk rumah, rasa macam nak nangis jak time tu. Terharu kuasa 7, tau tak. huhuhu. Ini prank kedua yang pernah saya kena sepanjang umur 23 tahun ni.

Tambah-tambah lagi kawan-kawan tercinta ni sanggup pegi masak mi goreng, dan buat kek coklat. Terharu lagi sekali. Lepastu belon dengan tertulis nama-nama dorang. Saya makin terharu. huhuhu tak tau nak gambar terharu tu macam mana.


Terima kasih sangat-sangat geng. Tak sangka korang sanggup bersusah payah buat event birthday ni.

Love you muah muah ~_^..

baiii dan Wassalam ^_^


Wednesday, May 28, 2014

Saya Bukan Sombong

Assalam dan haiii...

Jam dah menunjukkan pukul 3.47 pagi, dan saya masih lagi menjadi burung hantu kat meja makan ni sambil online. Tak dapat nak tido.ehmmm

Entry kali ni saya nak cerita serba serbi tentang diri saya ja. Hehe. Biasanya, kalau orang yang tak kenal saya mesti akan anggap saya ni seorang yang sombong dan menyampah kot. Dan sememangnya bukan kebiasaan saya untuk menegur orang duluan, sebabnya saya ni pemalu sikit. hehehe. Bukannya apa, saya risau, if saya yang tegur duluan, mereka kenal saya ke? Nanti saya juga yang malu kalau mereka tiba-tiba cakap, "hehe kita kenal ek?". Dushhh kena sebijik, malu weiii.

Yang sangat menampakkan saya ni sombong adalah saya bukan jenis yang menegur lelaki atau perempuan yang jarang saya tegur dan jumpa, even saya kenal dia sekalipun. Salah satu sebabnya adalah kerana malu atau segan, dan yang kedua pula adalah saya tak nak rapat sangat dengan mana-mana lelaki terutamanya, takut ada yang salah faham.

Owh ya lagi satu sebab kenapa saya nampak sombong adalah kerana saya ni bukan jenis yang dapat mengingat muka orang, maksudnya kalau orang tu adalah orang yang jarang saya jumpa, sudah tentulah amat sukar untuk saya nak cam mukanya. Dan kadang-kadang juga saya kurang sikit dalam mengingat nama seseorang, dan biasanya saya akan mengambil masa sikit untuk saya nak refresh otak ni. Hal ni bukan sebab saya ada penyakit otak tau, tapi saya jenis yang malas nak ingat, saya tak nak bebankan otak, ni kiranya macam boleh diibaratkan seperti pendrive la juga...hehehe. Sekiranya kita letak terlalu banyak file kat dalam pendrive, mesti pendrive tu pun akan mudah kena virus atau stuck sikit, kan. Hah sebab tu la, saya tak nak serabutkan otak saya sebenarnya. Takut sakit kepala datang lagi.

Bukan seorang dua ja yang dah cakap saya ni sombong, rasanya dah ramai kot. Even bekas housemate saya yang dulu pun pernah suarakan pasal first impressionnya terhadap saya, dia kata, mula-mula dia nampak saya, dia ingat saya ni macam orang sombong dan berlagak sikit. Sampaikan dia cakap, "sombong gila-gila b***". Hehehehe. Tapi saya tak kisah sangat, sebab saya lebih suka orang yang berterus-terang, at least perkara tu boleh membantu untuk memperbaiki diri kita kelak.

Kalau orang yang dah kenal lama dengan saya, confirm first impression korang tu akan berubah 180 darjah. Hehehe. Tapi saya akan menjadi seorang yang pendiam dan pasif apabila saya rasa kekok atau tidak selesa dengan suatu persekitaran atau keadaan atau situasi. Pada masa yang sama, saya akan cuba perhatikan keadaan dan mencari jalan untuk menyesuaikan diri even it's hard for me to do it. Lagi satu, saya jenis yang banyak berfikir dan suka membaca air muka orang. Saya tahu bunyinya macam agak psiko atau mengarut sikit, kan. Tapi macam best pulak tau jadi seorang yang pendiam sekejap dan perhati keadaan. Dari situ, kita boleh tahu bahasa badan yang seseorang tu cuba gunakan dan expresi muka yang mereka cuba untuk serlahkan. Bak kata orang, lain di mulut, lain juga di hatinya.

Tapi, sebenarnya, tak semua gambaran yang kita bayangkan tu adalah tepat, sebab kalau dari sudut pandangan sahaja digunakan untuk membuat kesimpulan awal tentang seseorang, memang  tak kan tepat punyalah. So, sebab tu la kita dikurniakan akal untuk berpikir dan merenung sejenak, bukannya bertindak secara melulu. Sama juga macam situasi korang yang mungkin akan anggap saya ni seorang yang sombong, sebab hanya melihat pada luaran sahaja, bukan menyelami dari sudut dalaman. Bak kata petikan,


Jadi, please dont judge me. You love me, and I will more love you because you are my friends.

Itu ja la entry hari ni. Sekian. Hehehe.

Baiiiii dan Wassalam ^_^





Sunday, May 25, 2014

Apa Itu HIPERSOMNIA?

Assalam dan haiii bloggers...

Minggu lalu, ada sorang kawan ni hah tanya saya, dia kata,

"kak aisyah pernah dengar tak Hipersomnia?

Saya jawab,"ermmm apa tu? Tapi kalau Insomnia pernah dengar la. Apa benda tu Hipersomnia, amalina?

"Kalau Insomnia tu kan penyakit yang tak boleh tido, tapi kalau Hipersomnia pula sebaliknya, maksudnya penyakit kuat tidur, apa benda ja yang dia buat mesti rasa nak tidur. Even dia mau makan pun mesti rasa macam nak tidur."


Ok, entry kali ni saya akan share serba sedikit tentang hipersomnia ni atau dalam bahasa English dipanggil sebagai Hypersomnia. Hipersomnia ni bermaksud tidur yang berpanjangan dan agak sukar untuk bangun.

Antara penyebab penyakit ini adalah disebabkan kerosakan otak, tertekan, uremia iaitu kegagalan ginjal untuk berfungsi dengan baik dan menyebabkan urea berkumpul di dalam saluran darah, kegemukan, penggunaan alkohol dan ubat-ubatan yang berlebihan. Orang mempunyai hipersomnia ni akan tidur berpanjangan tidak kira la pada waktu malam mahupun waktu siang. Walaupun mereka sudah tidur pada siang hari dalam waktu yang agak lama, tetapi mereka tetap merasa tidak cukup tidur dan ini akan menyebabkan otak mereka menjadi agak lembap dan malas untuk bergerak.

So, korang rasa, korang dalam kategori yang mana? Insomnia atau Hipersomnia? Atau tengah-tengah? hehehe...

Ok, tu jak la untuk entry kali ni.

Baiii dan Wassalam ^_^

Sunday, April 27, 2014

Pertama Kali Jadi AJK Melibatkan Artis (Dynamite Islamic of Art Night)

Assalam dan selamat malam blog...

Tiba-tiba pula datang mood nak update entry time malam-malam sunyi macam ni. Housemates yang lain semuanya ada aktiviti luar 2 hari 1 malam.

Entry kali ni tiada la yang special sangat, biasa-biasa saja, just untuk menghilangkan keboringan. 

Hari rabu yang lalu, saya dan geng rumah yang lain jadi AJK untuk 1 event kat UNIMAS, iaitu Dynamite Islamic of Art Night (DIN). Artis jemputan pada malam tu adalah Imam Muda Najdi dan Mr. Bie. Macam tak sangka pula, rupanya IM Najdi ni seumur dengan saya, manakala Mr.Bie pula sedaerah dengan saya, hehehe nampak tak ke-matching-an kitorang kat situ..hehe ^_^

<<Poster>>

Ini la kali pertama saya jadi AJK peringkat UNIMAS dan melibatkan artis-artis yang popular. Selalunya saya setakat jadi AJK kolej atau kelab IPTA saja. huhuhu kesian kan. Time tu saya pegang dua jawatan iaitu AJK publisiti dan usher.

Macam-macam kerenah yang saya dapat tengok kat geng-geng saya ni, apa taknya, masing-masing excited nak join event yang melibatkan artis ni di samping untuk menambah pengalaman. Bagi saya, ini adalah pengalaman kedua yang saya rasakan macam havoc havoc gitu selepas saya pernah menjadi Pengarah Program masa kat Politeknik KK dulu. Saya tau apa rasanya kalau menguruskan event yang besar macam ni, ditambah lagi dengan debaran-debaran yang yang tak menyenangkan.

Ok, nak dijadikan cerita juga, pada malam DIN hari tu, sebenarnya itu adalah kali pertama saya memakai jubah. Sebelum ni, saya takut sangat nak pakai jubah sebab saya rasa macam tak sesuai pula kalau saya pakai jubah tu, nampak macam kebesaran di badan dan macam orang baru balik dari umrah pula rasanya. Tapi, lepas pakai jubah tu, saya rasa macam selesa pula dan macam nak pakai lagi la, in sha Allah kalau ada duit lebih sikit, plan nak beli jubah la dua helai, 1 helai untuk mak dan 1 helai untuk saya.


Time malam tu, saya bertugas untuk menjadi usher dekat pintu masuk dewan Arena Gemilang, DeTAR Putra. Nak tau tak, time bertugas hari tu, habis kebas pipi ni bah gara-gara kena senyum setiap kali ada orang yang datang, kiranya macam jadi penyambut tetamu la, lepas tu kena cakap macam ni, "Selamat datang", dan "Silakan masuk". Bukan pipi saja yang kebas tau, dengan lutut-lutut ni sekali bah kebas, naik loglai sudah kaki ni sebab kena berdiri dan menunggu dekat pintu selama 2 jam. Lepas tu, kena suruh pula naik tingkat atas untuk jadi penyambut tetamu sebab dah penuh tempat duduk dewan kat bawah. So, sebagai AJK bawahan, kenalah patuh arahan ketua, kan. Takpa, ikut jak. 

Walaupun penat, tapi sangat-sangat menyeronokkan. Yang penting niat a.k.a nawaitu tu adalah ikhlas, in sha Allah. ^_^

Dari atas dewan la, baru saya dapat tengok persembahan-persembahan dari kumpulan nasyid UNIMAS dan artis-artis jemputan.

Ingatkan kat atas pentas jak ada sesi fotografi dan persembahan, rupa-rupanya kat belakang pentas pun lagi banyak kerenah dorang buat...hehehe sumbernya ada dari ajk pentas.

Ok, jom layan beberapa gambar yang saya curi-curi ambil dari beberapa sumber, tapi saya akan creditkan sumber mana saya dapat gambar-gambar tu supaya saya tidaklah kena tuduh sebagai melanggar hakcipta pengguna..hehehe betul ka tu ayat saya??

Gambar credit to page fb Mr.Bie dengan caption "selfie sik malu"

Gambar credit to ustaz mirul bersama ahli-ahli Qasidahnya.

Gambar credit to shuhadah, ini adalah kumpulan nasyid Nowfast UNIMAS. 

Ada satu lagi ahli kumpulan nasyid UNIMAS yang buat persembahan time tu tapi saya tak dapat jumpa gambar-gambar dorang, nama kumpulan yang saya maksudkan adalah Da'my.

Kitorang pun tak ketinggalan juga untuk berselfie..hehe

Bersama Imam Muda Najdi

Di sakura

Sebelum pegi bertugas..

Ok la, tu jak entry untuk hari ni...

Bye dan Wassalam ^_^

Tuesday, April 01, 2014

Teringat Musuh yang Sepintas Lalu

assalam dan selamat bloggersss...

Malam ni saya agak free sikit sebab tiada benda yang nak dibuat, so, online ja la memanjang..hehehe
Pada hal assignment dah berlambak-lambak dengan project bagai la apa la. Tak pa, otak ni kadang-kadang perlukan rehat juga, mana boleh dipaksa...hehehe

Korang nak tau tak, malam ni UNIMAS diselubungi dengan kabus tebal, saya mention KABUS bukan jerebu ya. Malam-malam begini tengok kabus kat UNIMAS, teringat pula suasana time di kundasang dulu, masa tu saya tengah kursus, cuaca masa tu sejuk sangat-sangat, tambah-tambah pula kalau waktu malam, pakai dua blanket pun tak dapat tahan sejuknya.

Ok, tolak ketepi dulu pasal tu, sekarang ni saya nak story pasal satu hamba Allah ni pula. Dulu-dulu la kan, masa saya join aktiviti Ko-Q  Taekwondo di UNIMAS, masa tu kitorang sambut karnival Ko-Q di dewan DeTAR UNIMAS, so tugas saya masa tu adalah menjaga dan mengurus booth bersama-sama ajk yang lain. Ahli taekwondo yang lain pula bertugas untuk membuat persembahan taekwondo kat atas pentas.

Diringkaskan cerita, lepas habis ja sesi karnival tu, kitorang yang menjaga booth ni kena suruh masuk dalam dewan untuk sesi penutupan karnival Ko-Q tu, so, saya dengan geng-geng saya yang agak-agak bising ni, pegi la mengambil tempat duduk audience, time tengah syok-syok duduk tu, ada pula satu hamba Allah ni tiba-tiba datang dengan lagaknya yang memang ada rupa macam nak menghalau kami ni, katanya, tempat tu dah di reserve untuk kelab Ko-Q dorang iaitu Kayak. Kami pun apa  lagi, naik berang la, ya la time tu tiada pun apa-apa notis di kerusi tu yang membagitahu tempat tu di reserve untuk dorang. First come first serve la kan. hehehe. Bila diingat-ingat balik time tu, rasa sakit hati pun ada dan lucu pun termasuk sekali.

Korang tau tak, kejadian tu berlaku masa saya di sem dua iaitu tahun lalu. So, bila diimbas-imbas balik, baru saya tau budak yang kitorang hampir bergaduh  pasal tempat duduk hari tu rupa-rupanya adalah orang yang sama ajar kami berdikir iaitu sifu kami. Makkk aiiii saya tak tau pun, saya ni bukannya jenis yang reti ingat muka, itu pun saya dapat tau dari kawan saya yang sama-sama hampir bergaduh mulut dengan dia, kawan saya la yang bagitau pasal hamba Allah si budak kayak tu. Haishhh kalau si sifu tau ni, habis la. Harap-harap la dia tak ingat, ya la benda tu kan dah lama, takkan la dia ingat, kan. hehehe.

Ok la, tu jak entry untuk hari ni....selamat bercuti pertengahan semester buat warga UNIMAS!!!!

Bye dan Wassalam ^_^



Monday, March 24, 2014

Dikir Barat FKIK Sakura di UNIMAS

Assalam dan selamat pagi bloggersss...

Entry kali ni saya nak stroy pasal pengalaman saya join dikir barat. Mesti korang tau kan yang dikir barat ni asalnya dari kelantan. Sepanjang hidup saya, tak pernah terpikir pun nak join benda ni. Masa mula-mula pemilihan dulu pun saya ingat nak join boria jak, lepas tu saya tengok ramai geng-geng saya join dikir, so saya pun ikut jak la mereka, sebab bagi saya, mencuba sesuatu yang baru tu lebih baik berbanding tak mencuba langsung.

Korang nak tau tak, dalam ramai-ramai 25 orang ahli kami, hanya seorang jak yang ada pengalaman berdikir, yang selebihnya zero pengalaman, tambahan pula tiada seorang pun yang mahir main alat muzik. Yang lebih uniknya lagi, tukang karut kitorang bukannya pure kelantan, dia dari sabah..hahaha pelik-pelik, yang juara pula ada chinese dari perak, dan awak-awak pula dari seluruh negeri kecuali kelantan,sarawak dan perlis.

Mula-mula berlatih tu, kitorang tak tau nak buat apa, so kitorang belajar nyanyian jak la dulu. Sehingga la seminggu sebelum pertandingan tu, ada seorang budak lelaki dari kolej kediaman sebelah yang tawarkan diri nak ajar kitorang. Perasaan saya masa tu, ya ampun syukur sangat-sangat sebab ada yang sudi nak ajar. Bagi saya, menang tu saya dah tak peduli dah, sebab yang penting kitorang dapat buat persembahan yang baik dan tidak memalukan. Dalam seminggu tu la kami bertungkus-lumus untuk belajar pelbagai jenis bunga dikir dan ditambah lagi dengan nyanyian baru untuk ending dikir kitorang, semua tu idea dari Encik Irfan iaitu sifu kitorang, tak terbalas jasanya tu oleh kami.

Lagi satu, rupa-rupanya kami adalah satu-satunya kumpulan dikir yang semuanya wanita, dan kolej lain pula semuanya lelaki. Hanya 4 kumpulan dikir dari beberapa kolej kediaman saja yang menghantar wakil untuk pertandingan tu, antaranya termasuklah Sakura, Cempaka, Bunga raya, dan Tun Ahmad Zaidi. Kalau diperhatikan, pengdikir-pengdikir dari kolej lain memang superb. Kitorang hanya mampu bertepuk tangan dan kagum tengok mereka buat persembahan.
Kolej Kediaman Sakura

Kolej Kediaman Cempaka

Kolej Kediaman Bunga Raya (brc)

Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (taz)

Walaupun banyak masalah yang kami hadapi masa petandingan tu, tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus buat persembahan. Bermula dengan alat muzik, hinggalah masalah dengan suara kitorang yang tak berapa dengar time berdikir, entahlah maybe microphone tu ada masalah kot. Tapi apa-apa pun, past is past. Yang penting kitorang dah buat yang terbaik. Owh ya, korang nak tau tak, sepanjang kitorang berlatih tu kan, kitorang tak pernah pun guna alat muzik yang sebenar seperti gong, rebana ibu, rebana anak dan marakas. Kitorang hanya gunakan alat-alat yang ada disekeliling jak. Nak tau tak apa benda tu? cuba la teka~ hehehe.

Walaupun hanya mendapat tempat keempat dari empat penyertaan, tapi kitorang rasa lebih istimewa sebab Sakura dapat buktikan yang kitorang pun boleh sertai persembahan yang mana pihak lawannya semua lelaki. Si sifu pula tak henti-henti bagi kata-kata semangat. Ayat yang selalu dicakapnya ialah "Layan Jer". Ayat tu dah jadi macam satu trademark pula. hehehe.

Sekarang ni, pertandingan dah habis, biasanya kalau malam-malam tu kitorang selalu berlatih sampai pukul 12 atau kurang dari tu. Jadi, kitorang rasa lain macam pula kalau tiada latihan. Seriously saya katakan, berdikir ni memang best, enjoy jak kita rasa.

Ok la tu jak entry untuk hari ni..Jom layan beberapa gambar kitorang kejap...hehehe







Antara geng-geng yang sanggup datang untuk bagi sokongan kat kitorang. Sempoi la dorang ni, sanggup dorang datang dari jauh dengan membawa banner lagi untuk menyokong, banner buatan sendiri tau.

Bye dan Wassalam ^_^


Please..Leave Your Name Here...